Pages

Saturday 16 November 2013

Jadilah Dirimu Sendiri yang Terbaik

Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah
aur yang teranggun di sisi bukit
Kalau bukan pokok, aur saja pun jadilah

Jika kau tak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput
Dan hiasilah jalan di mana-mana
Jika kau tak dapat menjadi haruan,  jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya

Bukan semua boleh menjadi nahkoda, lainnya harus mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua. Kerana
Ada tugas yang berat, dan ada tugas yang ringan
Antarnya dibuat mana yang lebih berdekatan

Jika kau tak dapat menjadi bulan, jadilahbintang
Jika kau tak boleh menjadi jagung, jadilah keledek
Bukannya mengikut besar kau kalah atautpun menang
Jadilah dirimu sendiri yang Terbaik


Douglas Mallock. Berani Gagal: Billi P.S. Lim

1 comment: